ngeee...

lip lap


Wednesday 2 April 2008

memiliki teman kacak disaat ajal datang menjemput...

semalam saya terrbaca tentang satu riwayat..x th dari mana datang,apatah lagi kesohehan nya...tp,tu x penting bg sy..yg pntg dgn bc riwayat tu,kita dapat perbaiki diri kita...dapat mengingatkan diri yg sentiasa lupa dgn rahmat n nikmat yg Allah bg didunia yg sementara ni...tp,dalam satu hadis, Rasulullah saw ada bersabda:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
haaa...Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. membacanya kan satu ibadat, jgn kt x sempat nak baca atau xdak masa...bukan soh bc semua, sehelai pun dah ckp..kalo rs xsmpt gak, 2-3 baris pun dah cukup...maklum la kan sibuk dgn hal dunia...
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.haaa..riwayat ni la yg sy kt td...sy xth soheh ke x...sapa yg th, tlg yer...
saya sambung balik...Apabila mayat dikafankan, teman yg sy kata seorang yang sgt kacak itu akan datang mendiami antara dada si mati dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita yang sgt kita sayang serta cinta, akan pulang ke rumah. Dan saat itu, akan datanglah dua malaikat, iaitu Munkar dan Nakir. 2 malaikat ni akan cuba untuk memisahkan orang kacak itu dgn si mati supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman si mati itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku.Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
waaa..best kan,sape xnak ada pendamping kacak saat bertemu dgn 2 malaikat yang telah di amanahkan oleh ALLAH... k, sambung balik, ''Selepas itu org kacak ituberpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu xder maknanya..amaka kita tergolong lah di kalangan orang-orang yang sangat dan teramat sangat rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. muhasabah balik... Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia dah datang, kita tidak akan termampu untuk memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan, Al-Quran merupakn pemberi syafaat terulung dan ketahuilah sahabat2 semua bahawa janji Allah itu adalah benar...
jgn tgu samapi esok...memangla tomorrow never die, tp kita will die...hehe...jgn main2...kullu nafsin zaa iqatul maut...k lah sahabat2, sy minta maaf kalo terkasar bahasa,tersalah gn bhs n sebagai nya...k, jgn ayik topup kredit nset je, topup kredit untuk saham akhirat sama...akhirul kalam, salam stay istiqamah..

No comments: