ngeee...

lip lap


Saturday 16 January 2010

2010 ... Bagaimanakah perjalanannya?



Assalamualaikum dan salam perjuangan..
pejam celik, pejam celik sudah 17 hari dalam 2010 mula berlalu. bermula 28 Disember2009, aku mula menjalani latihan industri di Jabatan Mufti Alor Setar Kedah.

masih lagi segar dalam ingatanku, pagi itu aku bangun dengan penuh semangat. Tidak sabar untuk ku menjalani latihan amali. Tidak terfikir apakah aku mampu menjalaninya seperti mana aku menghabiskan masa di dewan kuliah, bilik tutorial dan makmal seperti di kampus sebelum ini. Dalam fikiranku ketika itu cuma lah hanya mahu segera sampai di sana. Tempat yang bakal aku pelajari selok belok pengurusan bermula dari bawah..
aku tersenyum kecil. Kunci motor EX5 terus di capai. sempat ayah menawar perkhidmatan untuk menghantar ku. Barangkali imbang aku sesat di tengah2 kota alor setar seperti sebelum ini..." xpa la ayah, shida p sendiri. Lagipun masa balik dari nilai 2 hari lepas,dah p survey dah. kemaqin pun dah try p ngan k.yong". Fuhhh..yakin sekali aku memberi jawapan. Bukan apa, aku tahu ayah akan sibuk hari tu.awl2 pagi mahu di hantar bangchik ke skolah untuk pendaftaran tahun 1. lepas tu mahu ke semeling, hantar barang2 upah haji seorang kenalan. jam 11pagi mahu bertolak ke Kuala Lumpur pulak. Menyelesaikan urusan dengan pak wan. Ad-Deen Travel Tour(att). Travel yg penah aku join time pergi umrah pertengahan tahun 2008 yg lalu.

dengan lafaz bismillah, tepat 725pagi aku bertolak pergi. dari kg kemboja,aku menyusuri kubang sepat. di ikuti sungai korok, kemudian gunung keriang. Hatiku berbunga riang. hari ini aku akan bergelar staff. Wlu pun punya status budak praktikal...

sampai di roundboard, aku terus ambil jam 3 masuk terus ke wisma PKNK. Alamak...hampir luruh jantung ku. ad polis di laluan tersebut... cool2...klu dia cek lesen aku mati...
terus ku belok ke kiri dan berhenti di belakang wisma PKNK. bertentangan dengan bangunan pacific. Bagus ni, time rehat boleh la ronda2...hehehe...

ku lihat jam di tangan, lg 5 minit jam8 pagi. hari ini hari untuk aku lapor diri. tak boleh lambat.

"KAWASAN KECURIAN MOTORSIKAL"

aduh...benar2 menakutkan. sebelum meninggalkan "temanku" itu, ku pastikan sekali lagi yang semua sudah di kunci.

tingkat 6, wisma PKNK, Jabatan Mufti Alor SEtar.

alamak... dah jam 820 pagi. habislah aku. hari pertama dah lambat. tapi, macam mana nak masuk? dalam kegelabahan itu, aku langsung tidak nampak bell yang di sediakan. Sehinggalah seorang staff sampai untuk masuk. eh...cam penah tengok lah staff perempuan ni. tapi kat mana ye?

"assalamualaikum puan. saya nur shahidah. hari ni saya kena lapor diri untuk mulakan praktikal". laju je aku berkata2 tanpa menunggu dia bertanyakan apa2. "owh...sila2. ikut saya. adik tunggu dalam maktabah dulu ye. Saya tak pasti tuan syeikh atau en.amri dah sampai atau belum. duduk dulu naa..". aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala mengiyakannya.

banyak jugak kitab dalam maktabah ni..eh, tajuk yang berkaitan ngan tesis aku pun ada? alahai, kalau buat rujukan kat sini mesti banyak...

"adik..". panggil satu suara. "ya kak". Majalah PERKIM di tangan ku letakkan di meja. "E.O, En.Amri nak jumpa". katanya lagi. staff ini ku kira mungkin s/u E.O. "baik kak". jawabku. berdebar2 jantungku tatkala melangkahi pintu bilik itu. Terus dia bertanyakan namaku dan memperkenalkan dirinya. di ceritakan juga selok -belok jabatan. "kat habatan ni, kami semu a dah mcm adik beradik. shahida anggap lah semua mcm adik berdaik. klu ada apa masalah boleh lah tanya. Ada apa2 soklan?"tanya nya.
"en.amri...klu nak di ikutkan dalam jadula yang fakulti beri, hari ini adalah tempoh pelajar melaporkan diri sampai 3 januari 2009. 4januari baru pelajar memulakan latihan. jadi...".aku berhenti di situ. "shahida mula hari ni lah ye. lapor2 dah".sambutnya. huk huk huk...minggu depan la en.amri.jerit hati kecil ku. x sempat rehat la aku.

2hari lepaws, aku baru ja tamat latihan ascending&discending kat PUSPA seremban. seminggu sebelum tu,baru tamat kursus melawan kebakaran kat PULAPA jengka. penat2..
tp x pa la...I WILL TRY My bEST..

"jom ikut saya, saya nak kenalkan dengan staff.". hari tu, aku dapat kenal, kak ana, kak ros, kak roza, abg man, kak faizah dan ustazah faridah. Staff yg aku jumpa awal pagi td. sebelum lapor diri pada Tuan Syeikh Marwazi,timbalan mufti Kedah, aku diminta untuk tunggu di bilik ustazah Faridah. kami berbual. aku tinggal di ayer hitam. dia pun sama. tidak ku tanya area mana.tapi bila dikatakan adiknnya ada sorang belajar di kuim dulu aku mula teringat. "ustazah ni anank pak cik mat lubok pinang ye?",dia menganggukkan kepala."kakak en.Nisar?" patutlah mcm pernah tgk...ku tersenyum sendirian.

"adik, Tuan Syeikh dah sampai. boleh la terus lapor diri pada dia. ikutkan pada mufti terus. tp mufti x datang lagi". beritahu en.amri. aku x pasti kebenarannya, mgkin sengaja mahu menyakat. aku dibawa ke bilik Tuan Syeikh. laaa...muda lagi,ingatkan timbalan mufti dah tua...hik3.jahat betul aku.

subhanallah,bersih betul wajah orang yang mendalami ilmuNYA.
dalam sesi taaruf, ternyata beliau terkejut bila ku katakan aku punya 14 adik beradik. adakah pelik???

sebelum kluar dari biliknya, aku menerima tugasan utama.

YA ALLAH...BERMULA SAAT INI,AKU AKAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL DI SINI. KAU MUDAHKANLAH URUSAN KU,JAUHKAN AKU DARI PERSENGKETAABN,HASAD DENGKI SESAMA KAMI. AKU CUMA MAHU BELAJAR,...bisik hatiku...

No comments: