ngeee...

lip lap


Monday 1 October 2012

U.S.R.A.H = UKHUWAH

Sedikit perkongsian daripada satu pengisian:

"Bagi Abi, Abi pilih ukhuwah."

"Sebab rukun dalam usrah berkait rapat dengan rukun ukhuwah."

"Yang mendasari usrah adalah ukhuwah. Jika tak da rukun, tak jadi usrah."

Jelas Abi, penuh pengertian bila mana membuat rumusan awal setelah mendengar jawapan-jawapan kami ketika dilontarkan kembali tajuk bersifat pertanyaan itu.

KENAPA KITA PERLU BERUSRAH?

UKHUWAH

Usrah, Ukhwah dan Sunnah Nabi

Usrah adalah wasilah untuk membina ukhwah. Ukhwah pula dilihat sebagai asas pembinaan jemaah. Kalau dilihat ketika peristiwa Hijrah Rasul, selepas masjid dibina, Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansaar. Jelas menunjukkan persaudaraan itu tiada tolak banding pentingnya.

Jika kita buat usrah, tapi kita tak rasa ukhwah, ini beerti kita sudah gagal. Gagal dalam mengendalikan usrah. Jadi, apabila nak bentuk ukhwah dalam sebuah jemaah, maka wadahnya adalah usrah. Apabila taaruf, kita bukan sekadar nak kenal dia (sahabat seusrah kita) bahkan kita nak tahu isi perutnya!

"Bagi yang baru kahwin, kalau nak tambat hati suami, kena tambat perutnya." Seloroh Abi.

Berpecah derai bunyi gelak ketawa mana-mana jiwa yang khusyuk mendengar. Sempat lagi Abi mencelah hal-hal begini.

Hmm…Betul juga (bisik hati saya). Analogi yang tepat.

Usrah dan Makan-Makan

"Abi pilih mazhab makan-makan."

Kenapa? Sebab time makan-makan, kita hidang, kita tuang untuk sahabat. Ada interaksi. Apatah lagi bila makan, kita suap ke mulut sahabat. Rasa tangan sahabat masuk ke mulut. Ada interaksi, ada kasih sayang. Tambah lagi, siap masak untuk sahabat. Bila makan, ada rasa air tangan sahabat. Ada interaksi, ada kasih sayang, ada rasa terharu dengan keikhlasan sahabat.

"Untuk orang yang baru kahwin, boleh wat modul. Suap-menyuap." Celah Abi.

Sekali lagi riuh gelak ketawa. Tak kurang juga yang senyum sipu-sipu. Malu agaknya.

"Usrah adalah tempat atau wadah untuk kita berinteraksi." Tutur Abi, merumuskan.

Usrah Adalah Wasilah Tarbiah

"Abi tak nafikan."

"Namun unsur tarbiah harus berlaku dalam semua bidang. Dalam pilihan raya, dalam amal Islami, ada unsur tarbiah. Even dalam dakwah, ada unsur tarbiah. Mesti bersepadu dan ada intergration."

"Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata."- Al-Jumuah: 2

"Dalam ayat ni, yuzakki ..itu tarbiah. Yu'allimu…itu taalim" Jelas Abi.

Usrah dan Al-Hujurat:10

"Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Allah suruh /perintah kita baiki hubungan antara sahabat-sahabat. Apa saja yang boleh menyuburkan ukhwah mestilah dilakukan. Liqa' pada hari ini, ada pertemuan. Justeru, hari-hari berikutnya perlu disusun dengan pertemuan-pertemuan yang membuahkan dan merapatkan ukhwah sehingga bertemu di liqa' yang berikutnya.

"Pertemuan yang macam mana? Solat jemaah, main bola, makan kat kafe…selisih salam, peluk..dan sebagainya" terang Abi lagi.

Yang lain hanya mengangguk. Tanda faham…tak kurang juga yang tersengguk-sengguk. Letih barangkali.

"Mesti ada pertemuan-pertemuan selain dari pertemuan dalam usrah."

" Tak adalah kita tertunggu-tunggu..sunyi tanpa pertemuan."

"Berjumpa hanya bila ade usrah!" Suara Abi makin meninggi. Tegas.

Kali ini semua lebih terbuka mata. Ada terkenang usrah-usrah lepas..ada juga fikiran entah kemana. Siap yang mungkin dah hanyut mimpi, tersengguk tidur. Haish.. Syaitan memang banyak time majlis Ilmu. Terus, kita kena kuat!

"dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Dalam konteks islah ini, kita kena berfokus pada Allah. Supaya kita beroleh rahmat. Fokus!

Wajah Sahabat

"Hah! Lihat wajah-wajah sahabat pun dah boleh jadi satu modul."

Semua terus berpandangan sesama sendiri. Senyum-senyum kambing.. Entah apa-apa diorang ni.

"Yang paling baik di antara ummatku ialah orang yang apabila engkau melihatnya engkau ingat kepada ALLAH. " - Hadis Nabi

Jelas Abi menerangkan. Sedikit sebanyak, kurang senyum-senyum kambing itu tersebar.

"Ini contoh sahabat yang baik. Pandang dia, ingat usrah. Ingat Allah. Ingat dakwah. Ingat perjuangan. Ingat terbiah. Memang tak boleh nafi, ada sahabat begini."

Abi menarik nafas. Mengharap audience yang mendengar faham dan serap maksud yang ingin disampaikan. Ya.. Usrah adalah wadah untuk berukhwah. Usrah dan Ukhwah amat berkait rapat. Bahkan ukhwah adalah tunjang sesuatu gerakan. Adanya kesatuan. Adanya lapang dada.

"Kalau ditanya kepada Abi, Abi pilih ukhwah."

~USRAH=U.K.H.U.W.A.H~

To be Continue….

No comments: