ngeee...

lip lap


Tuesday 11 September 2012

pandangan ALLAH atau MANUSIA???

Asal kejadian manusia semuanya sama, apa yang tidak sama ialah sikap mahupun sifat yang telah dibentuk selepas dilahirkan. Anak2 diibaratkan seperti kain putih yang bersih. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab samada untuk menjadikannya majusi ataupun nasrani...

menjadi tanggungjawab bagi setiap ibu bapa untuk mengisi pengetahuan anak2 nya tentang Awwaluddin Makrifatullah. Sehingga ke peringkat yang seterusnya, menjadi kewajipan bagi ibu bapa memastikan dada anak2 dipenuhi dengan ilmu agama agar ilmu itu dapat memandu mereka memilih jalan yang benar. 

Seorang ibu mahupun bapa boleh dianggap GAGAL sekiranya anak2 masih tidak dapat membaca Al-Quran walaupun sudah meningkat remaja/ dewasa. 

Ibu bapa wajib mengambil inisiatif dengan menghantar anak2 ke kelas fardhu ain setelah mendapati anak2 lemah dalam hal tersebut walaupun anak2 sudah menjangkau 20 tahun ke atas. 

Namun begitu, ramai ibu bapa mahupun anak2 sendiri yg malu menghadiri kelas sedemikian kerana bagi mereka, kelas tersebut hanya untuk kanak2 disekolah rendah sahaja...

PERSOALANNYA: kenapa manusia harus mengutamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah swt???

No comments: