ngeee...

lip lap


Wednesday 20 February 2013

CARA PENYIMPANAN DAN PEMANASAN SUSU PERAHAn

Ini saya copy paste sebab cara explainnya sangat bagus....Semoga beri manafaat terutamanya pada yang baru dalam bidang penyusuan...

Ini merupakan beberapa soalan berkenaan storage dan pemansan hasil perahan...

Soalan 1:
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais bawah ( 2 Pintu) - Ini maksudnya dibahagian refrigerator
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - Ini maksudnya dibahagian freezer
e) Deep Freezer

Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :-

a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu) [Refrigerator]- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) [freezer] - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa(kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...

PALING BAGUS AMALKAN SEPERTI GAMBAR DIBAWAH... GERENTI SELAMAT....



Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?

Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...

Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??

Jawapan :-
Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...

Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???

Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...

Nah gitulah cara-cara storage dan memanaskan susu perahan k... Apa-apa pun KEEP PUMPING MOMS :)
Semoga bagi menafaat k..

Tuesday 11 December 2012

Perkembangan Bayi Dari 1 hingga 40 Minggu Kehamilan

http://www.ciklaili.com/2011/05/perkembangan-bayi-dari-1-hingga-40.html#axzz2EjXX7Tde

Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan


Bagi anda yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak, di sini saya kongsikan tanda-tanda bersalin dan doa yang perlu diamalkan. Saya sendiri sedang menunggu hari untuk melahirkan anak pertama... insyaAllah...


Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.


Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.


Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.


Pecah Ketuban

Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.


Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.


Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.




(petikan dari hamidarshat.com)

Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran :
 •Surah Maryam
•Surah Yassin
•Surah Yusof
•Surah Luqman
•Surah Al-Hasyr: Ayat 3
•Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
•Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
•Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pada perut > minum)
 •Surah Az-Zariyat
Antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu untuk memudahkan proses bersalin :
 
ثم السبيل يسره
"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa : ayat 20)


"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)



“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah :
 •Ayatul Kursi
•Surah Al-A'raf : Ayat 54
•Surah Al-Anbiya': Ayat 87


Sumber : alamhamil.com dan nurizdehouse.blogspot.com
Sumber http://www.ciklaili.com/2012/01/tanda-tanda-bersalin-dan-doa-yang-perlu.html#ixzz2Ek7nrxgS

Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

Adab Ketika Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Entri ini khas buat anda yang bakal melahirkan anak, saya kongsikan adab-adab yang disunatkan dalam Islam ketika menyambut kelahiran bayi :



1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).



2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.


Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.


4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.


5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.


7. Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.


8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.


10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.


Sumber : Majalah Pa&Ma

Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

Thursday 29 November 2012

INTERVIEW SPP DG41

29/11/2012
BILIK TEMUDUGA 1,
IPDA...
SESI 1030

hati berdebar-debar menantikan giliran... mahu "sms", tp kredit masih belum di isi... tepat 1130 tiba giliran qaseh... sepatutnya 6 org je yg masok, tp memandangkan itu adalah sesi terakhir, 7 org terus dipanggil masuk termasuklah qaseh... Fail disemak. Qaseh sorang je Pendidikan khas. yg lain sume BahasaArab...
Tiba sesi pertama, nama qaseh terakhir, tp qaseh mendapat giliran pertama... qaseh betul2 blur... namun dicuba juga...

soalan2 yg qaseh terima sgt mudah lg senang, tp qaseh kecewa kerana qaseh gagal menjawab dengan baik...
1) bacaan surah AtTiin/ Al "alaq
2) objektif jqaf...

senangkan? senang sgt2... tp tu la.... sindrom darah gemuruh sentiasa mengekori, tergagap2 nk menyebutnya...

Apa pun, semoga Allah mempermudahkan segalanya...

Tuesday 20 November 2012

untukmu PALESTIN...


Buatmu Palestin.. |

Tatkala tokoh kenamaan meninggal dunia,
 kita terburu-buru ucap takziah..

Tatkala artis meninggal dunia,
 kita bersungguh melantun doa..

Namun tatkala saudara seagama kita disembelih Yahudi laknatullah, apakah kita sekadar mendengar berita..?

Saat kita tidak mampu turun ke bumi Palestin untuk syahid bersama mereka..

Kirimkanlah doa-doa buat bekalan mereka di sana..
 Lafaz doa saat sujud juga selepas tasyahud sebelum salam..
 Itulah selemah-lemah kudrat iman dari kita buat mereka..
 Moga diizin Allah buat saudara sesama Islam..

Untung mereka syahid di sisi Allahu Rabbi..
 Syurga menjadi galang ganti..
 Sedang kita sibuk bergossip artis sana-sini..
 Seronok makan daging saudara sendiri..

Ya Allahu Rabbi..
 Sungguh Engkau Maha Mengetahui..

ككندا أزري | Maafkan daku wahai saudaraku di bumi Palestin atas selemah-lemah hati dan iman ini..

ujian konsentrasi...


CUBA JAWAB SECARA SPONTAN :)
 Untuk menguji sejauh mana konsentrasi kita..
- Jawab spontan, jangan banyak fikir,

- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :
 Permainan konsentrasi warna :
 1. Kertas A4 apa warna dia ?
 2. Asap warna dia ?
 3. Tisu warna dia apa ?
 4. Lembu minum apa ?
 Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..
 1. Rambut anda warna apa ?
 2. Tulisan ini warnanya apa ?
 3. Jalan raya warnanya apa ?
 4. Kelawar tidurnya bila ?
 Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.
 1. Warna cendol apa ?
 2. Daun kelapa warnanya apa ?
 3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?
 4. Harimau makanannya apa ?
 Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..
 Bawak2 la berehat ya :P

Monday 19 November 2012

KURSUS FROG... Apa tu?

FROG? katak kah? agak2

ada hikmah nya...

18 November 2012 - macam biasa, bersama en suami menghadiri appointment untuk pemeriksaan ibu dan anak... tapi kali ni mama (my mother in law) ikut sekali. sebabnya pagi tu kami p tanjung dawai dulu... cari ikan kering, udang kering dan lain2... sempat pekena ketam bakar, udang bakar, ikan bakar kat bazar tanjung dawai tu, sedap jugak n boleh la harganya x mahal sangat... mama belanja..hehehe... huda ja xdak, dia nak p kenduri kawan dia, adik ipar bongsu (mana ada yang lain dah, dia sorg ja adik ipar den). maka kami bertiga sahaja yang meredah bukit bukau, gunung ganang...hehehe...

Selesai membeli, kami meneruskan perjalanan, melalui jalan kampung menghirup  dan menikmati udara serta pemandangan yang ku kira sangat2 cantik. SUBHANALLAH.

Ehhh... melalut lak, petang tu, dalam pukul 4 qaseh, suami dan ibu mertua qaseh bergerak ke klinik. Actually mak qaseh nak ikut jugak, sbb cadangnya balik klinik tu nak terus ke rumah Ibu mertua kakak qaseh di Sanglang, suami qaseh dambakan nira nipah, hehehe... tp mak qaseh x jadi ikut sbb ada org datang umah.

di klinik, tinggal nurse jek. dah xdak org nk wat check up. check Hb. result 10.9. turun lagi... sesi dengan nurse, qaseh terbagi tahu nurse yg dari pukul 12 tghr sampai skrg (430ptg) baby baru 3 kali gerak. sebabnya malam tu mmg qaseh tidur mati, xsedar diri. suami qaseh kata, baby gerak kuat sangat dan banyak kali malam tu dan bila siang pukul 12 br gerak balik. tu yang qaseh risau. terus nurse minta refer Hospital Sultanah Bahiyah. mulanya nak abaikan ja, tp bila di ingat2 apa yg nurse katakan, qaseh dan suami turutkan.
Plan nk ke rumah Tok Timah aka mak mertua kakak qaseh dibatalkan... balik klinik, terus solat asar dan bersiap untuk ke hospital. Sempat qaseh rembat cabai2 mak kat umah n sebotol budu... bukan apa, bila balik penang, qaseh teringat2 budu tu... MAERVELOUS... heehehe...

sewaktu perjalanan, sempat lagi suami qaseh ajak singgah makan roti nan kat gunung keriang nun... hmmm apa lagi, kena bebel lah dek mama. mummy to be ni perlu jumpa doktor, apapun sempat kami pekena roti nan dulu sorg sebijik. Actually time tu, jantung Qaseh dah berdebar2.. didoakan semoga tiada apa2 komplikasi yang bakal qaseh hAdapi nanti...

Wednesday 17 October 2012

pavlova


sumber : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-pavlova-dan-tutorial.html

 

ReSePi : PaVLoVa DaN TuToRiaL

Resepi pavlova kebanyakkannya sama je cuma cara membuatnya ada yg sedikit berbeza.. dan seperti biasa, aku akan buat cara mana yg paling mudah.. muehehhe.. yg mudah itu lg best membuatnya..

Okey.. jom intai cara aku buat.. aku tak la expert, tp amatur je.. maklumlah, aku dpt resepi pun dr blog masakan org lain.. pastu imagine sendiri cara nak buat berdasarkan resepi2 yg diorang bg tu.. Resepi asal aku ambik dr blog Kak Nani

Mari kita mulakan dgn bahan2 dulu :

~ Kita perlukan 4 biji putih telor ayam.. telor ini BUKAN yg di simpan dlm peti ais tau..


~ Secawan gula.. tapi aku guna 3/4 cawan je utk kurangkan manis..


~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila

Tu je bhn2nya... mudah kannn.. bahan topping kat bwh kang aku citer.. baca sampai abis dulu arahan ni ye.. hehehe


Cara2 membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..

Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. aku guna suhu 110 darjah celsius..

~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje tau.. kuning telor dgn kulit telor kita takmo.. ada pahammmm.. hehehe..

Kuning telor tu korang jgn buang lak.. leh masukkan dlm megi kari.. tak elok bazir2 ni.. kulit telor tu je yg korang buang... ok nexttttttt...


~ Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks).. Korang putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun..


~ Ni hasil putih telor yg dah jd gebu.. nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh..


~ Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..

~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit gitu..

Kalau ikut resepi asal, tepung jagung di masukkan bersama2 dgn cuka dan esen vanila.. tp aku derhaka jap, aku masukkan tepung jagung awal2...

Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak..


Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue" ..


~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..

Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..


~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..

Memandangkan aku nak buat size sedang2 je, makanya aku agihkan adunan kepada 2 bahagian.. hasilnya dptlah 2 biji pavlova..

Adunan ni sbnrnya utk buat satu biji pavlova je.. tp aku buat jd 2 bahagian sbb aku nak buat 2 layer pavlova.. utk korang lak, suka hati korang le nak buat mcm mana..

Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.. mcm nak buat benteng la kiranya.. err paham tak ni..?

~ Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit..

Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum..

Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..

Semasa proses pembakaran, jgn nak ngengada bukak tutup oven lak.. lempang kang tgn tu.. pi la kemas dapur ke hape ke kan masa nak menunggu pavlova tu masak..

Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

Biar le jap beliau bersauna dlm oven tu dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlah beliau seketika.. meh kita buat topping dia dulu ye...

Bahan2 Topping :
~ Secawan @ 250 ml whipping cream..

Aku guna whipping cream brand ni.. jgn beli sembarangan whipping cream tau.. tak semua whipping cream sesuai.. make sure beli jenis yg Non Dairy (bkn tenusu)..

Ada org dok tertanya2 apesal la whipping cream dia takmau kental2 walaupun dah lama dok putar.. tu sbb dia salah beli jenis whipping cream..

Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping.. aku beli kat kedai bakery je.. beli jenama rich's..

~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar..


~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je.. blueberry ada, tp aku lupa lak nak taruk.. cehhhh...


Potong mengikut suka hati korang.. nak lonjong ke, segi empat ke, up to you..!!

Cara2 Menghias :

~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper..


Di sbbkan aku buat 2 layer, layer pertama aku letak krim + buah2..


Lapis lagi dgn layer seterusnya..


Tutup lg dgn krim.. Ohhh, terbanyak lak letak krim.. kalau boleh takyah la byk sgt, kang hilang lak rasa pavlova tu.. taruk sedang2 aje..

Korang boleh google imej pavlova utk lihat cara org hias pavlova.. aku je yg terlebih bubuh krim.. yelahkan, whipping cream ni mahal kott.. ahahah.. korang bubuh sedang2 je tau..


Last sekali atur buah2an.. susun ikut kreativiti anda.. siapppp... sejukkan dulu dlm peti ais sblm di mkn.. mkn time krim dia sejuk2 lg sedapp.. kalo tak paham sila tanya.. kang sesat jalan kang..


Sayang sayang abang kerana Allah...

Suatu hari suami merajuk.......

Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....
Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi
isterinya..
Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nak
kecilkan hati abg...
Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..
Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus
berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti
cepat tua kalau marahII..
Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.
Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hri
nie dgn abg, abg xnak tido sama?
Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik
tu..
Isteri: ok..ermm...abg tak nak maafkn syg??
Suami: lain kali la..xde mood..
Isteri: knp lain kali..abg,xnk redhakn syg?
Suami: redha untuk apa?
Isteri: abg,kalau abg xnak maafkan syg,.Allah xnak
terima syg masuk syurga..kalau abg xnak redhakan
syg, kita xkan jumpa kt syurga bang...(sambil tepis
airmata yg jatuh kt pipi)
Suami: eh..knpa menangis plk syg abg nie....abg
gurau je..nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg
tau..kalau syg tak buat salah ke,tak minta redha
abg pun..abg sentiasa maaf dan redhakan syg..abg
sentiasa ikhlas...
Isteri: (sambil peluk suami) terima kasih abg,.Syg
beruntung dpt suami mcm abg..
Suami: dah la, jom tido..dah lewat mlm...♥♥
Isteri: syg abg , syg abg kerana Allah..
Suami: abg pun...dah pi tutup lampu ok! :D

P/s: isteri nak pintu syurga, kena la minta dgn
suami....keredhan suami itu adalah kunci
syurga..bersayangII,berkasihII..sesungguhnya Allah
sukakan kepada rmhtngga yg aman.. ♥

Medical Check up ke Perkhidmatan Awam/ ke IPG

kepada yang xtau mana dapat borang medical check up utk masuk ke IPG atau ke Perkhidmatan Awam boleh download kat link ni, tp sebelum tu korang kena la upload dulu any file korang punya... upload la assignment lama2 korang...

http://www.scribd.com/doc/9798171/Borang-Medical-Check-Up
**************************************************************************************************
Hari ni lepas balik sekolah terus Qaseh menuju ke KMC ( Kedah Medical Check up) kat alor star nun... Naseb agak baik sebab parking x penuh macam biasa. Tapi kena bayar la parking ni, 130 masuk, 330 keluaq kena RM2.50... Budget untuk makan kat sekolah dah habis utk esok, jadi, kena la keluarkan budget yg semalam yang x habis digunakan... huhuhu...
Selepas mengisi borang di kaunter, Nurse buat pemeriksaan BP (Blood Pressure) ---> pemeriksaan warna dan pemeriksaan mata...
selesai 3 benda tu dapat la bil RM30 utk consultancy dengan doktor dan registration RM2, dia kata lepas wat urine test g bayar bil dulu. Then diorang minta pergi makmal wat URINE test kat tingkat 2.   
Selesai urine test, terus ke kaunter pembayaran. 
"RM87". beritahu cashier itu.
"hahh? bukan RM32 ke?". terkejut aku mendengar amaun itu... huhuhu. dah la ekonomi tgh meleset, ingat kan murah sikit sebab x xray... mahal jugak. (tu la, sapa soh wat kat swasta...)
minggu ni, budget Qaseh lari jauh... But, xpa la, esok dah nak balik umah en Suami Qaseh...hehhehe... CLAIM, jgn x claim... Hahahahaiiiii