ngeee...

lip lap


Wednesday 10 March 2010

Kembalinya seorang Ulama' kepada Pencipta

ku mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...

Buat pertama2nya lafaz al-fatihah buat Ulama' dunia syeikh al Tantawi.

Maha Suci Allah... Kau memberi dan Kau pasti mengambilnya kembali...

Begitu cepat masa berlalu, tanpa ku sedari umur ku juga kian menginjak ke usia dewasa... Hampir dua bulan aku tidak menjengah blog ini. Walaupun nothing interesting dalam blog aku ni, aku akan cuba untuk update setiap masa. bukan apa, blog ni saja tempat aku membebel dan bercerita. Aku senang gini kok..=)

tinggal beberapa minggu saja lagi, aku akan menjalani latihan industri di jabatan ini. jabatan yang ku kira banyak ilmu yang dapat ku perolehi. di sini, aku dapat belajar bagaimana menaip surat, cara menggunakan mesin potostat, binding kertas dan banyak lagi. paling aku lega, aku dapat belajar bagaimana menerima tetamu dan berkomunikasi especially dengan tetamu lelaki. ah...bukan apa, aku terlalu kaku bila berkomunikasi dengan mereka. tapi kini, sedikit sebanyak aku dapat melatih diri.

Sebenarnya ada lagi yang lebih bermakna, aku dapat melihat cara mengeluarkan fatwa. bukanlah sewenang2 nya ia boleh di keluarkan. perlu perbincangan, perlu kepada kesepakatan, perlu kepada kepercayaan. Paling penting perlu kepada merujuk al Quran dan as Sunnah. Bukan senang mengeluarkan fatwa. Di ibaratkan orang yang berani berfatwa ialah orang yang berani meletakkan dirinya di pintu neraka.

Kadang-kadang aku dapat mendengar bagaimana ustazah Faridah dan Usatz Mohd Isa menjawab permasalahan umat ISlam. Aku terfikir, itu hanyalah sebahagian yang mahu merujuk mengenai hukum agama, bagaimana pula yang bertindak sendiri? menghalalkan pernikahan tanpa berwali, menukar nasab anak sesuka hati, memohon anak yang tidak sah taraf di bin kan...

Kegilaan apakah ini? menangis2 merayu agar dibenarkan anak tidak sah taraf mendapat nama bapa...

ya..memang benar anak tersebut tidak bersalah. pada pandangan mereka wajar anak mereka di binkan. Astaqfirullah al 'azim... tegar kalian menuduh, Islam ini susah...mengapa kalian tidak memikirkannya sebelum "melakukannya" dulu? tahukah kalian, kalian bermain dengan hukum Allah? Kalian terlalu mengejar keseronokan dunia sehingga kalian tidak nampak lagi kebesaran Allah.

Aku tiba2 teringat intipati al Quran yang Dato' Mufti kedah petik dari surah al Imran ayat 178 dalam majlis tazkirah pagi awal Mac dulu. Firman Allah swt yang bermaksud:

178. dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka Bahawa Kami membiarkan (Mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana Sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa Yang menghina (di akhirat kelak).

Buat diriku dan semua, sentiasalah muhasabah diri. jangan terlau takjub dengan dunia. kelak ia pasti menyusahkan kamu.

Mengapa takbur? siapa takbur pasti lebur...