ngeee...

lip lap


Saturday 12 September 2009

buzy...sibuk...

sekian lama aku hidup dalam dunia sendiri. terkontang-kanting sendirian di perbukitan ilmu. Apa kabar sahabat2 seperjuangan yg pernah bersama2 suatu ketika dulu? semoga mereka tidak seperti aku...bijak mengurus masa, antara 2...

saat ini,ku kira hampir setahun, blog ini tidak di jengah...2 hari lps slps seorang sahabat mengajak untuk bersama2 menyumbang kata, baru lah ku sedar sudah banyak masa yg berlalu...ah, aku masih dalam khayalan dunia yang x mungkin berlaku... ini bukan fairy tales shahida... ini adalah hakikat. terlalu banyak masa yg sudah kau bazirkan...astaqfirullahal 'azim...

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yg ke 22 Ramadhan. rasa macam baru je masuk bulan Ramadhan. tahu kenapa? sepanjang Ramadhan aku terlalu sibuk dengan jadual kuliah dan hal2 keduniaan yang lain. tambahan pula, lecturer mencari ruang untuk menggantikan kelas yg di tinggalkan. Aku yakin najib pun x sesibuk aku.. sungguh perit dalam mencari aulawiyat. bulan yang hanya sekali dalam setahun tidak pernah di kisahkan...Terasa seperti tiada beza antara bulan Ramadhan dengan bulan2 yang lain lantaran terlalu sibuk dengan hal keduniaan. Aku cuba mencari diri ku yang ku rasakan semakin hilang dari pandangan nurani...

kelmarin, selepas kelas mengaji, tanpa di rancang aku pergi ke rumah sepupuku di bangi. rumah polis bandar baru bangi. lebih kurang pukul 545 ptg aku sampai disana. berehat2 sekejap sambil menonton saluran tv9,Aqso dan Madina... emmmm..macam2 cerita skrg. seketika, sepupu ipar mengajak ke Alamanda. katanya mahu membawa isteri dan anak2 berjalan2. dua minggu berkursus di kota bharu membuatkan rindu yg xsudah. si bongsu yg rapat dengannya bagaikan tidak mahu melepaskannya serta mencadangkan berbuka puasa di Alamanda sahaja. sampai di Alamanda,si kecil memilih tempat di Nando's. Bagi aku, entah kali ke berapa aku menjejakkan kaki ke alamanda, tp itu adalah kali pertama aku menapak kaki di Nando's. tempat yg ku kira agak mahal suatu ketika dulu... tp tidak lagi kini...hehehe...

waktu berbuka sudah tiba, namun demikian makanan yg di order masih tidak kunjung tiba. mujurlah air sudah di hantar. utk seketika, terpaksa lah kami berbuka dengan air. rezeki dari Allah, sementara menunggu, seorang lelaki yg ku anggar berusia 30an itu menghulurkan kurma dan aprikot ke meja kami. mungkin simpati melihat kami hanya minum air...

sementara menunggu makanan tiba, aku meminta diri untuk solat maghrib dulu. emmm...Ramai juga org kat surau. ini bermakna dlm kesibukan ada juga yg sedar dan tidak lupa tuntutan yg wajib itu. Namun, apa yg di sesalkan ialah tempat yg ku kira berprestij dan menjadi tumpuan org ramai masih mnegekalkan surau yg kecil. bukan di Alamanda saja,malah di pasaraya2 yg lain. timbul persoalan, mengapa ini semua boleh berlaku?

usai makan, aku, kak cik,suami dan anak2 nya mengelilingi persekitaran. singgah sebentar di Valentino Rudy. sementara menunggu abg memilih baju yang berkenan di hati, aku melihat sekeliling. aku terpandang seseorang yg kurasakan aku kenal...hahaha, ustaz tarmizi rupanya, tutor FPQS yg juga peserta Akademi Quran n pernah menggondol tempat ketiga klu x silap. emmmm...selain itu,pelbagai karenah yg ku temui. ramai sekali anak2 muda yang berpeleseran, bergurau senda tanpa mengira batasan. Auratnya usah di sebut... berbeza sekali dengan zaman persekolahanku dulu. ini bermakna isme2 dari barat sudah lama menular di MAlaysia. sedangkan aku tidak menyedari nya... benar kata seorang sahabat, kita wajib amik cakna persekitaran kita. jika tidak kita x akan tahu apa yg berlaku di sekeliling kita.

aku tidak mahu, sesekali tidak ingin anak2 generasi ku terlibat dengan persekitaran sebegini. gusungguh..sungguh aku tidak sanggup...

tepat jam 845 malam kami bergegas keluar. abang sepupu dapat on call. terus kami bergegas ke car parking. ketika itu, terjadi lah insiden yg ku agak mmg mencemaskan. abang sepupu cuak gila. kereta yg dia parking x ada di tempatnya. berkali2 kami tawaf kawasan tu. namun, x juga di ketemui. rupa2 nya kami salah tempat parking. mmg kelakar tahap cipan. OCS pun takut kereta dia kena curik...hehehe..OCS...OCS

dalam perjalanan abg bercerita lagi. mengenai perjalanan kursus sepanjang dua minggu lalu yg begitu panas baginya. hari2 yg di lalui dengan pelbagai. sebagai OCS di balai polis bandar baru bangi, dia yakin penceramah yg mberi ceramah berdasarkan teori tidak mengerti perasaan mereka yg bertungkus-lumus menguruskan ank2 buah di bawah yg pelbagai ragam. betul juga kata nya.

sama juga dlm medan dakwah. kita x boleh berdakwah berbekalkan teori. mesti ada praktikal. klu tidak, kita xth mcm mn nak menguasai mad'u.

dalam ap2 kekalutan atau masalah yg berat timbul, kita ttp ada pilihan. jgn cepat melatah...

bersyukur dan mhargai adalah lbh baik dar memiliki tp x mhargai...