ngeee...

lip lap


Tuesday 15 April 2008

assalamualaikum..bertemu lagi kita di sini..


kawan2,meh kita bc dan renungi sama2...ramai org th tp buat2 x th...kesian pada yg terbabit

tp,baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.

PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA




Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian.Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga. Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh.Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.
A. Memilih pasangan hidup
Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan;jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.Beberapa pendapat tentang jodoh:1. Jodoh merupakan takdir semata
"Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk"Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud : "Jodoh di tangan tuhan maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang."Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari
"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya"Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.3. Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah
"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan"Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtanggaii. Mencari nafkah yang jujur dan berhasiliii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawa isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteriiv. Bapa yang baik dana sayang kepada anak-anakv. Pasangan yang baik lahir dan batin

B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah
Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama islah membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.C. Suami yang diingini wanita
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.D. Persediaan diri untuk berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud: - dewasa fizikal - dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri. - dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya - dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada. - dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat.2. Bekal menyara hidup3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga
Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di sanat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.
4. Sihat jasmani dan rohani
Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.
E. Memilih isteri idaman
Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :
1. Faktor keagamaan dan akhlak 2. Faktor kecantikan dan kekayaan 3. Faktor keturunan dan kesuburan
Sifat-sifat wanita yang mulia:
i. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya ii. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya iii. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela. iv. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya v. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya vi. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya vii. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama viii.Tidak menuntut cerai atau talak. ix. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti. x. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami. xi. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.
untuk maklumat lanjut layari web ini:

hAkiKAt PerKahWinAn


A. Tujuan Perkahwinan
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.
Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani.
Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.
B. Walimatul Urus
Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:
1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah2. Menghindari daripada perbuatan membazir3. Mengundang fakir miskin
C. Hikmah Perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya.
Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
D. Nikah Dengan Wanita Hamil Yang Berzina
1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.
2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-sebab perzinaan.
b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
E. Mengetahui Masa Subur Isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
a. masa haidb. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur.Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.
Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.
Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.
Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.hari 1 7 14 21 28 tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-

F. Teori Membentuk Bayi Lelaki Atau Perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud,
" Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa.Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya:"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayiperempuan."Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali.Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.
G. Amalan Suami Semasa Isteri Mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isterimengandung :-a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWTb. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isterih. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
H. Adab Suami Ketika Isteri Sedang Mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :-
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri,sebagai teman hidup yang paling dekat.b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut," La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "maksudnya" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
I. Dorongan Suami Semasa Isteri Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi diwaktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.
J. Mengapa Bayi Lahir Menjadi Kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan.
Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.
Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal.
Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
K. Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
1. Menanam uriKebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta.
Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung didalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan.
Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi.
Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.2. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri.
Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anakUsaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.
Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anakSunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
- Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama.Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab kan kepada ayah bukan ibu.Pemilihan nama yang utama- Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:" Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)- Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.- Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.- Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.- Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.Memberi gelaran kepada anak- Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.5. Penyembelihan aqiqahUntuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari.
Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.Hikmah aqiqah.a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan.Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.6. Mengkhatankan anakBerkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.- Hukum berkhatanMenurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.- Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAWNabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.- Hikmah dan kelebihan berkhatana. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam.
7. Mendidik moral anakMemberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukurb. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allahc. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tuad. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.e. Pendidikan tentang solatf. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkarg. Pendidikan supaya bersabarh. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuhi. Pendidikan kesederhanaan
L. Erti Anak Bagi Orang Tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul.Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
01. Anak sebagai rahmat Allah SWT02. Anak sebagai amanat Allah SWT03. Anak sebagai harta yang tergadai04. Anak sebagai penguji keimanan05. Anak sebagai alat untuk beramal06. Anak sebagai saham di akhirat07. Anak sebagai sumber kebahagiaan08. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua09. Anak sebagai penyambung cita-cita10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

Wednesday 2 April 2008

THE POSITION OF MOTHER


The following is a touching story about a new Muslim and his mother. Before he was a Muslim, he lived with his mother until he was about 18 years old. Then he moved out of his home and lived in a different place on his own. During those days, he met some Muslims and became a very close friend of them. Eventually he himself became a Muslim after learning about the beautiful religion of Islam from them. He made an effort every day to learn more and more about Islam. One day, he came to learn about the benefits of being good to one's parents. He learned that a person who looks at his parents with the eyes of obedience gets the reward of one accepted Hajj! (The reward is mentioned in an authentic hadith of Sahih Muslim). After knowing this, he decided to visit his mother whom he did not visit for many years. He bought some flowers and fruits for her on his way. His mother was very pleased to see him after so long. He started spending lots of time with his mother on a regular basis. During his visits, he would stare at his mother and tears would roll down from his eyes. The mother noticed this happening many times and asked him one day the reason why he visits her so much all of a sudden and why he cries. He told her about how he became a Muslim and that the position of a mother in Islam is very high. He also told her about the reward he gets for looking at her. But while looking at her, he cries because the mother is not a Muslim and would not be able to save herself if she dies in this state. The mother immediately recognized the beauty of Islam and became a Muslim.
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH..

PESANAN BILA TERDENGAR AZAN

ASSALAMUALAIKUM TEMAN2 SUME...SMG SENTIASA DI BAWAH RAHMAT YG ESA...HAAA..JGN PULA LUPA PANJATKAN KESYUKURAN PADA ALLAH SWT...KENAPA???SEBAB DI SAAT INI, KITA MASIH LG DAPAT MENIKMATI 2 NIKMAT YG TERBESAR DALAM ISLAM IAITU NIKMAT IMAN DAN....ISLAM. Smg nikmat ini kekal sampailah kita di hujung nyawa...
Kawan2, jgn lupa... kematian itu pasti x pasti tetap akan menjelma. Hanya masa & waktunya jer yg tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir kpd ajal, tp tidak dapat berkata apa-apa...lidahnya menjadi kelu, keras dan hanya terserlah di mimik mukanya yang menahan kesakitan di saat 'sakaratul maut'.
ada diriwayatkan dalam sebuah hadis yang membawa maksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai SEORG MUSLIM kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak & diamkan diri. sebut pasal di ajar berdiri tegak time lagu kebangsaan ni, saya teringat satu suasana di sebuah sekolah di perak ketika mewakili negeri selangor mengikuti nadwah kepimpinan di Pulau Pangkor pd 2004 yg lepas...ms tu kami peserta2 tgh mengikuti aktiviti wall climbing... hari tu hari isnin..so,sblm mula kelas adala assembly...biasa la budak sekolah..mst ada sorg dua yg terlambat..ketika pelajar2 yg lambat ni menuju ke tapak assembly, pelajar2 lain telah pun menyanyikan lagu negaraku...terus budak2 ni ngan cikgu2nya sekali berenti..berdiri tegak..x bergerak langsung...mcm ank patung,hatta untuk mhalau lat yg hinggap di hidung..pergh...mantap betul...tp ptg tu, dalam sekitar waktu asar, ada segelintir pelajar br pulang.mgkn baru lepas mengikuti kelas tambahan memandangkan PMR dan SPM semakin hampir...apa yg mendukacita kan sy, sewaktu itu azan asar baru berkumandang..pljr2 berpusu2 serta berlari2, berkejar2an mendapatkan waris masing2...mereka langsung tidak menghiraukan seruan azan yg bertalu2...sebenarnya benda ni tak pelik...itulah hakikat nya...
nak tanya, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? padahal ALLAH dah kt, sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . bukan apa, kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tdk dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yg mana sesiapa yg dpt mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akn dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga utk mereka. nauzubillahimin zalik. Dari itu, maka marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami ketika kami perlu mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
selain itu, kat sini sy ada selitkan WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI .a
.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
sedar x sedar, RM50 kelihatan begitu besar apabila hendak menderma ,tetapi begitu kecil bila di bawa ke supermarket.
45minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu utk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tdk ramai yg berfikir & berbicara tentang bagaimana utk memasukinya. di manakah kita pada saat ini, sedang berfikir mahu meraih cinta manusia atau cinta ILLAHi? sedang mengatur strategi untuk memasuki dunia hiburan yg penuh dgn glamour atau strategy menghadapi kematian..?
kawan2, fikir2 kan lah..sayangilah diri kita...
'' YA ALLAH, RABBUL IZZATI...
TATKALA BAHANG MAHSYARMU MENJILAT TUBUH,
IZINKANLAH KAMI BERSAMA2 BERTEDUH,
TATKALA MIZANMU TELITI MENGIRA BERAT NERACA ATAS ETIAP AMALAN,
NAUNGILAH KM DI SANA,
BERKAT KASIHMU SEMATA2,
ANDAIKU LAYAK MENAPAK SYURGAMU,
KU PINTA IZINKAN MEREKA,
IBUKU, AYAHKU, ABANG2 KU, KAKAK2 KU, ADIK2 KU, TEMAN2KU, SAUDARA2KU, SERTA
(BAKAL SUAMIKU, ANAK2KU) UNTUK BERSAMA2 KU...''

memiliki teman kacak disaat ajal datang menjemput...

semalam saya terrbaca tentang satu riwayat..x th dari mana datang,apatah lagi kesohehan nya...tp,tu x penting bg sy..yg pntg dgn bc riwayat tu,kita dapat perbaiki diri kita...dapat mengingatkan diri yg sentiasa lupa dgn rahmat n nikmat yg Allah bg didunia yg sementara ni...tp,dalam satu hadis, Rasulullah saw ada bersabda:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
haaa...Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. membacanya kan satu ibadat, jgn kt x sempat nak baca atau xdak masa...bukan soh bc semua, sehelai pun dah ckp..kalo rs xsmpt gak, 2-3 baris pun dah cukup...maklum la kan sibuk dgn hal dunia...
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.haaa..riwayat ni la yg sy kt td...sy xth soheh ke x...sapa yg th, tlg yer...
saya sambung balik...Apabila mayat dikafankan, teman yg sy kata seorang yang sgt kacak itu akan datang mendiami antara dada si mati dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita yang sgt kita sayang serta cinta, akan pulang ke rumah. Dan saat itu, akan datanglah dua malaikat, iaitu Munkar dan Nakir. 2 malaikat ni akan cuba untuk memisahkan orang kacak itu dgn si mati supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman si mati itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku.Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
waaa..best kan,sape xnak ada pendamping kacak saat bertemu dgn 2 malaikat yang telah di amanahkan oleh ALLAH... k, sambung balik, ''Selepas itu org kacak ituberpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu xder maknanya..amaka kita tergolong lah di kalangan orang-orang yang sangat dan teramat sangat rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. muhasabah balik... Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia dah datang, kita tidak akan termampu untuk memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan, Al-Quran merupakn pemberi syafaat terulung dan ketahuilah sahabat2 semua bahawa janji Allah itu adalah benar...
jgn tgu samapi esok...memangla tomorrow never die, tp kita will die...hehe...jgn main2...kullu nafsin zaa iqatul maut...k lah sahabat2, sy minta maaf kalo terkasar bahasa,tersalah gn bhs n sebagai nya...k, jgn ayik topup kredit nset je, topup kredit untuk saham akhirat sama...akhirul kalam, salam stay istiqamah..