ASSALAMUALAIKUM TEMAN2 SUME...SMG SENTIASA DI BAWAH RAHMAT YG ESA...HAAA..JGN PULA LUPA PANJATKAN KESYUKURAN PADA ALLAH SWT...KENAPA???SEBAB DI SAAT INI, KITA MASIH LG DAPAT MENIKMATI 2 NIKMAT YG TERBESAR DALAM ISLAM IAITU NIKMAT IMAN DAN....ISLAM. Smg nikmat ini kekal sampailah kita di hujung nyawa...
Kawan2, jgn lupa... kematian itu pasti x pasti tetap akan menjelma. Hanya masa & waktunya jer yg tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir kpd ajal, tp tidak dapat berkata apa-apa...lidahnya menjadi kelu, keras dan hanya terserlah di mimik mukanya yang menahan kesakitan di saat 'sakaratul maut'.
ada diriwayatkan dalam sebuah hadis yang membawa maksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai SEORG MUSLIM kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak & diamkan diri. sebut pasal di ajar berdiri tegak time lagu kebangsaan ni, saya teringat satu suasana di sebuah sekolah di perak ketika mewakili negeri selangor mengikuti nadwah kepimpinan di Pulau Pangkor pd 2004 yg lepas...ms tu kami peserta2 tgh mengikuti aktiviti wall climbing... hari tu hari isnin..so,sblm mula kelas adala assembly...biasa la budak sekolah..mst ada sorg dua yg terlambat..ketika pelajar2 yg lambat ni menuju ke tapak assembly, pelajar2 lain telah pun menyanyikan lagu negaraku...terus budak2 ni ngan cikgu2nya sekali berenti..berdiri tegak..x bergerak langsung...mcm ank patung,hatta untuk mhalau lat yg hinggap di hidung..pergh...mantap betul...tp ptg tu, dalam sekitar waktu asar, ada segelintir pelajar br pulang.mgkn baru lepas mengikuti kelas tambahan memandangkan PMR dan SPM semakin hampir...apa yg mendukacita kan sy, sewaktu itu azan asar baru berkumandang..pljr2 berpusu2 serta berlari2, berkejar2an mendapatkan waris masing2...mereka langsung tidak menghiraukan seruan azan yg bertalu2...sebenarnya benda ni tak pelik...itulah hakikat nya...
nak tanya, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? padahal ALLAH dah kt, sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . bukan apa, kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tdk dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yg mana sesiapa yg dpt mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akn dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga utk mereka. nauzubillahimin zalik. Dari itu, maka marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami ketika kami perlu mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
selain itu, kat sini sy ada selitkan WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI .a
.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
sedar x sedar, RM50 kelihatan begitu besar apabila hendak menderma ,tetapi begitu kecil bila di bawa ke supermarket.
45minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu utk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tdk ramai yg berfikir & berbicara tentang bagaimana utk memasukinya. di manakah kita pada saat ini, sedang berfikir mahu meraih cinta manusia atau cinta ILLAHi? sedang mengatur strategi untuk memasuki dunia hiburan yg penuh dgn glamour atau strategy menghadapi kematian..?
kawan2, fikir2 kan lah..sayangilah diri kita...
'' YA ALLAH, RABBUL IZZATI...
TATKALA BAHANG MAHSYARMU MENJILAT TUBUH,
IZINKANLAH KAMI BERSAMA2 BERTEDUH,
TATKALA MIZANMU TELITI MENGIRA BERAT NERACA ATAS ETIAP AMALAN,
NAUNGILAH KM DI SANA,
BERKAT KASIHMU SEMATA2,
ANDAIKU LAYAK MENAPAK SYURGAMU,
KU PINTA IZINKAN MEREKA,
IBUKU, AYAHKU, ABANG2 KU, KAKAK2 KU, ADIK2 KU, TEMAN2KU, SAUDARA2KU, SERTA
(BAKAL SUAMIKU, ANAK2KU) UNTUK BERSAMA2 KU...''
1 comment:
salam.. kenapa citer2 dalam ni best2 belaka??
dirimu wat ku jelezlah.. pape hal pun chaiyo2!!....
Post a Comment