ngeee...

lip lap


Wednesday 17 October 2012

pavlova


sumber : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-pavlova-dan-tutorial.html

 

ReSePi : PaVLoVa DaN TuToRiaL

Resepi pavlova kebanyakkannya sama je cuma cara membuatnya ada yg sedikit berbeza.. dan seperti biasa, aku akan buat cara mana yg paling mudah.. muehehhe.. yg mudah itu lg best membuatnya..

Okey.. jom intai cara aku buat.. aku tak la expert, tp amatur je.. maklumlah, aku dpt resepi pun dr blog masakan org lain.. pastu imagine sendiri cara nak buat berdasarkan resepi2 yg diorang bg tu.. Resepi asal aku ambik dr blog Kak Nani

Mari kita mulakan dgn bahan2 dulu :

~ Kita perlukan 4 biji putih telor ayam.. telor ini BUKAN yg di simpan dlm peti ais tau..


~ Secawan gula.. tapi aku guna 3/4 cawan je utk kurangkan manis..


~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila

Tu je bhn2nya... mudah kannn.. bahan topping kat bwh kang aku citer.. baca sampai abis dulu arahan ni ye.. hehehe


Cara2 membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..

Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. aku guna suhu 110 darjah celsius..

~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje tau.. kuning telor dgn kulit telor kita takmo.. ada pahammmm.. hehehe..

Kuning telor tu korang jgn buang lak.. leh masukkan dlm megi kari.. tak elok bazir2 ni.. kulit telor tu je yg korang buang... ok nexttttttt...


~ Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks).. Korang putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun..


~ Ni hasil putih telor yg dah jd gebu.. nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh..


~ Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..

~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit gitu..

Kalau ikut resepi asal, tepung jagung di masukkan bersama2 dgn cuka dan esen vanila.. tp aku derhaka jap, aku masukkan tepung jagung awal2...

Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak..


Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue" ..


~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..

Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..


~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..

Memandangkan aku nak buat size sedang2 je, makanya aku agihkan adunan kepada 2 bahagian.. hasilnya dptlah 2 biji pavlova..

Adunan ni sbnrnya utk buat satu biji pavlova je.. tp aku buat jd 2 bahagian sbb aku nak buat 2 layer pavlova.. utk korang lak, suka hati korang le nak buat mcm mana..

Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.. mcm nak buat benteng la kiranya.. err paham tak ni..?

~ Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit..

Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum..

Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..

Semasa proses pembakaran, jgn nak ngengada bukak tutup oven lak.. lempang kang tgn tu.. pi la kemas dapur ke hape ke kan masa nak menunggu pavlova tu masak..

Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

Biar le jap beliau bersauna dlm oven tu dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlah beliau seketika.. meh kita buat topping dia dulu ye...

Bahan2 Topping :
~ Secawan @ 250 ml whipping cream..

Aku guna whipping cream brand ni.. jgn beli sembarangan whipping cream tau.. tak semua whipping cream sesuai.. make sure beli jenis yg Non Dairy (bkn tenusu)..

Ada org dok tertanya2 apesal la whipping cream dia takmau kental2 walaupun dah lama dok putar.. tu sbb dia salah beli jenis whipping cream..

Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping.. aku beli kat kedai bakery je.. beli jenama rich's..

~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar..


~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je.. blueberry ada, tp aku lupa lak nak taruk.. cehhhh...


Potong mengikut suka hati korang.. nak lonjong ke, segi empat ke, up to you..!!

Cara2 Menghias :

~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper..


Di sbbkan aku buat 2 layer, layer pertama aku letak krim + buah2..


Lapis lagi dgn layer seterusnya..


Tutup lg dgn krim.. Ohhh, terbanyak lak letak krim.. kalau boleh takyah la byk sgt, kang hilang lak rasa pavlova tu.. taruk sedang2 aje..

Korang boleh google imej pavlova utk lihat cara org hias pavlova.. aku je yg terlebih bubuh krim.. yelahkan, whipping cream ni mahal kott.. ahahah.. korang bubuh sedang2 je tau..


Last sekali atur buah2an.. susun ikut kreativiti anda.. siapppp... sejukkan dulu dlm peti ais sblm di mkn.. mkn time krim dia sejuk2 lg sedapp.. kalo tak paham sila tanya.. kang sesat jalan kang..


Sayang sayang abang kerana Allah...

Suatu hari suami merajuk.......

Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....
Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi
isterinya..
Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nak
kecilkan hati abg...
Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..
Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus
berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti
cepat tua kalau marahII..
Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.
Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hri
nie dgn abg, abg xnak tido sama?
Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik
tu..
Isteri: ok..ermm...abg tak nak maafkn syg??
Suami: lain kali la..xde mood..
Isteri: knp lain kali..abg,xnk redhakn syg?
Suami: redha untuk apa?
Isteri: abg,kalau abg xnak maafkan syg,.Allah xnak
terima syg masuk syurga..kalau abg xnak redhakan
syg, kita xkan jumpa kt syurga bang...(sambil tepis
airmata yg jatuh kt pipi)
Suami: eh..knpa menangis plk syg abg nie....abg
gurau je..nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg
tau..kalau syg tak buat salah ke,tak minta redha
abg pun..abg sentiasa maaf dan redhakan syg..abg
sentiasa ikhlas...
Isteri: (sambil peluk suami) terima kasih abg,.Syg
beruntung dpt suami mcm abg..
Suami: dah la, jom tido..dah lewat mlm...♥♥
Isteri: syg abg , syg abg kerana Allah..
Suami: abg pun...dah pi tutup lampu ok! :D

P/s: isteri nak pintu syurga, kena la minta dgn
suami....keredhan suami itu adalah kunci
syurga..bersayangII,berkasihII..sesungguhnya Allah
sukakan kepada rmhtngga yg aman.. ♥

Medical Check up ke Perkhidmatan Awam/ ke IPG

kepada yang xtau mana dapat borang medical check up utk masuk ke IPG atau ke Perkhidmatan Awam boleh download kat link ni, tp sebelum tu korang kena la upload dulu any file korang punya... upload la assignment lama2 korang...

http://www.scribd.com/doc/9798171/Borang-Medical-Check-Up
**************************************************************************************************
Hari ni lepas balik sekolah terus Qaseh menuju ke KMC ( Kedah Medical Check up) kat alor star nun... Naseb agak baik sebab parking x penuh macam biasa. Tapi kena bayar la parking ni, 130 masuk, 330 keluaq kena RM2.50... Budget untuk makan kat sekolah dah habis utk esok, jadi, kena la keluarkan budget yg semalam yang x habis digunakan... huhuhu...
Selepas mengisi borang di kaunter, Nurse buat pemeriksaan BP (Blood Pressure) ---> pemeriksaan warna dan pemeriksaan mata...
selesai 3 benda tu dapat la bil RM30 utk consultancy dengan doktor dan registration RM2, dia kata lepas wat urine test g bayar bil dulu. Then diorang minta pergi makmal wat URINE test kat tingkat 2.   
Selesai urine test, terus ke kaunter pembayaran. 
"RM87". beritahu cashier itu.
"hahh? bukan RM32 ke?". terkejut aku mendengar amaun itu... huhuhu. dah la ekonomi tgh meleset, ingat kan murah sikit sebab x xray... mahal jugak. (tu la, sapa soh wat kat swasta...)
minggu ni, budget Qaseh lari jauh... But, xpa la, esok dah nak balik umah en Suami Qaseh...hehhehe... CLAIM, jgn x claim... Hahahahaiiiii

Monday 15 October 2012

PENEMPATAN GURU JQAF 2011 SECARA INTERIM, (KPM)

Petang yang sangat indah, menghabiskan masa bersama encik suami dan anak sedara hafi zarif sambil berbual2... Tiba-tiba...
"Assalamualaikum, ustazah Nur Shahidah bt Abd Ghani keh?''. terdengar suara di corong telefon bimbitku...
"Waalaikumussalam, ya saya". jawabku. Suami ku hanya memandang memberi isyarat bertanya siapakah gerangan yang menelefon. Qaseh hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"saya ust din ni dari PPD KOTA SETAR." Qaseh hanya tersenyum simpul menerima panggilan itu, jam di dinding Qaseh lihat sudah angka 5:15 petang.
"Dah dapat belum maklumat untuk guru interim?".
"Belum lagi ustaz".
" Ni ha, esok jemput datang ke Dewan Al Farabi, BTPN kat JPN. mai awai, esok pengarah nak bagi taklimat dengan memo penyerahan perlantikan sebagai guru interim. Special ni utk orang yang kena berhijrah''.
"Ya? hikhikhik...". qaseh terketawa mendengar maklumat yg baru saja di dengar.
"Suka noh boleh pi Sarawak".
"hik..hik...hik... ".Qaseh ketawa lagi.(ketawa ppuan la).
"susah betui dapat nombor telepon, ni naseb baik dapat dari k.su(kak suhana sk suka menanti), padan la dapat sarawak." sambung ust din lgi.
"ok, terima kasih ust".
"Assalamualaikum''. ust din mengakhiri perbualan.
"Waalaikumussalam". jawab qaseh kembali...

"sapa?". tanya en suami.
"org PPD". jawabku, terus ku ulang perbualan ku dengan Ust Din sebentar tadi.
"Sayang nak tinggal abg ka?". sedih pula tengok muka en suami nih...
"ish abg ni, klu kena p sarawak, bukan ustaz tu yg akan call, JPN sarawak yg akan call sayang". terus di cium dahinya, qaseh dipeluk erat... harapan agar hati abg tenang dan damai.
"abg jangan la risau, abg tahu x kawan sayang dapat sg petani ja, suami dia dapat sabah, lagi la jauh... entah bila boleh balik jmpa lagi. kita ni kira ok la, kena bersyukur sebab sayang kat astar ja, abg pulak kat sg 2 ja... dekat sangat". pujuk ku.
"alhamdulillah. Ya la sayang. Depa yang jauh lagi sedihkan?". terus dikucup dahi Qaseh.
Qaseh tersenyum melihat gelagat suami Qaseh ni melihat beliau kembali mengelamun...
"Abg kena balik sorang la malam ni, esok abg keja dan sayang ada taklimat". kata suami qaseh antara dengar dan tidak...
********************************************************************************

confirm....
esok 16 oktober 2012 penempatan guru jqaf secara interim bermula di seluruh malaysia...

Wednesday 10 October 2012

HB semakin menurun...

seperti bulan yang sebelumnya, aku meneruskan check up d klinik kesihatan ayer hitam... hati gembira sentiasa ditemani oleh en suami acapkali menjalani pemeriksaan... jam 830 pagi kami bersama2 mengunjungi klinik gigi.. ada gigi yg perlu ditampal.
arghhh... terbayang kengiluan yang akan di alami... Baby amik kalsium umi byk sangat nih...sampai gigi umi dah mula berlubang2...hehehe... salah baby pulak ye? umi yg malas minum susu kan? hehehe...umi bergurau je...
tp... kenapa gigi abi yang disayangi abi dan dijaga rapi abi pun berlubang yek??? knp abi? abi selalu tegur umi dan pantau umi time umi gosok gigi, at last gigi abi pun berlubang jugak... hehehe... tension umi tgk abi bulan lps slps check up DOKTOR GIGI kata gigi abi ada lubang... hikhik... hehehhe... umi jahat kan ketawakan abi...( im kidding ye abi).

selepas settle semua kat klinik gigi, umi terus berlalu membuat check up d klinik ibu, tinggal abi sorang2 kat klinik gigi. pemeriksaan bermula dari berat badan umi, umi terkejut bila berat umi 72.5. baru 4-5 hari lps berat umi 71kg. cepat benor... tekanan darah umi 110/60. ok la tu... then, umi diminta ke makmal utk pemeriksaan urin dan darah...
hakkkkkk...Astaqfirullah al azim, menyirap darah umi, HB umi menurun dan rekod umi merah. 10.5.
umi kekurangan darah merah. 
tatkala abi hadir, umi terdiam. umi takut utk mengkabarkan kepada abi... apa reaksi abi nanti??? umi takut abi marahkan umi, tp... abi bukan jenis marah2... umi takut juga utk memberitahu abi...
" nur shahidah". nama umi dipanggil. 
"abang pergi la makan dulu, lambat nih". kata umi pada abi, abi hanya mengiyakan tapi tidak bergerak. umi masuk ke bilik yg dibawa nurse.
nurse mula menerangkan usul kesihatan umi. penurunan HB dari 12.1 > 11.5<11 .6=".6" 10.5.="10.5." nbsp="nbsp" smpaila="smpaila">
"2 minggu lagi, klu turun lagi kena inject nih, kat punggung". kt nurse. arghhhh... umi dah x senang duduk...
" x mkn ubat eh?". tya nurse.
"makannnn". jawab umi, laju je, walhal ubat yg nurse bg, umi dah tak makan. pahit, umi makan ubat salindah jek, manis2 buah... umi byk mkn bayam, tp knp jd mcm tu yek???...hmmm...



Tuesday 9 October 2012

a story...

“For the first time after 18 years of marriage, she prepared the worst dinner for her husband.

The vegetables were over cooked,meat was burned and salad was too salty.

At the dinner table, her husband kept silent while he was eating.
After that, when she was in kitchen washing dishes.

He came to her, smile at her and kissed her on her forehead “why is this kiss for?” she asked him not believing what he did.

“Tonight your cooking reminded me of your cooking in the first days of our marriage! it reminded me of your cooking as a new bride, so I wanted to treat you as if you are a new bride” ♥

This is the good righteous husband who turn the mistakes of his wife to positive sides in their life together, because the best Muslim man is the one who is best to his wife and should make her feel that she is so special to him :)

Abu Hurairah Radi Allah Anhu narrated that Prophet Muhammad (sallAllahu alaihi wa sallam) said: "The believers who show the most perfect faith are those who have the best disposition and the best of you are those who are best to their wives." [Tirmidhi]

bagaimana mencuri hati suami?


1. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air pan
as elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

2. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

3. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya.

4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bergurau senda. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

Monday 8 October 2012

layan...

https://www.facebook.com/ISLAMAllahMuhammad?sk=app_470497709657206&state=eb147a849514aaf61e8b014d3d310e3e&code=AQDEg4WeoWoaeRWEGugj8ZmEqQ9MaCv-OhKezc1HgRdwynWf531e3BAu5vORChmu6iywpHN-6xvPXT-4s5cAzs7ilYf434CzsrnpqusvpF9vAi5vXDTnXVoL7Osh_tva-C6W_H-FcrLCfzySDOdnMktjQK5DD17KNCKSNgSoemh2d8g9vRqbWVqOLD8DoIsgQKf7lyLlyJgw47d00AD4d0i2#_=_

Sunday 7 October 2012

lagi berita berkaitan jQAF Ambilan Jan 2011

Muhyiddin Yassin
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PELAJARAN
PELANTIKAN GRADUAN PENDIDIKAN
SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan penempatan kepada graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) yang telah dan akan menamatkan pengajian bagi tahun 2012.

Keputusan ini telah diambil setelah mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka panjang seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelantikan adalah tertakluk kepada mereka memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temuduga yang dikendalikan oleh SPP.

Sehubungan ini, graduan pendidikan keluaran IPGM dan IPTA pendidikan yang menamatkan pengajian pada tahun 2012 akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Mengikut rekod Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), seramai 10,715 penuntut program pendidikan telah dan akan menamatkan pengajian mereka pada tahun 2012.

Seramai 2,960 orang graduan yang dikenalpasti telah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai 2012 telah dijadualkan untuk ditemuduga oleh SPP seperti berikut:

(a) 2,478 orang daripada program J-Qaf;
(b) 368 orang daripada program TESL;
(c) 90 orang daripada program KPLI IPGM dan IPTA, termasuk mereka daripada Program Pelajar Cemerlang (PPC);
(d) 14 orang daripada program Bahasa Perancis; dan
(d) 10 orang calon mengulang temuduga berdasarkan keperluan opsyen.

Sementara SPP menyelesaikan urusan temuduga, KPM akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan ini mulai 16 Oktober 2012. Pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusan temuduga oleh SPP.

Bagi kumpulan yang akan menamatkan pengajian mereka selepas Jun 2012 iaitu seramai 7,755 orang, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 kepada SPP supaya penjadualan temuduga dapat disegerakan. Penempatan mereka yang lulus temuduga SPP akan dibuat pada tahun 2013.

Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik kelak, berkhidmatlah dengan jujur dan dengan penuh dedikasi.

Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya

4 Oktober 2012
(copy dari FB Najihah Mumtazah)

Tuesday 2 October 2012

لا شكر على الواجب...

أنا انت، و أنت أنا، ونحن روحاني في البدن...
أحبك في الله يا زوجي...

Monday 1 October 2012

U.S.R.A.H = UKHUWAH

Sedikit perkongsian daripada satu pengisian:

"Bagi Abi, Abi pilih ukhuwah."

"Sebab rukun dalam usrah berkait rapat dengan rukun ukhuwah."

"Yang mendasari usrah adalah ukhuwah. Jika tak da rukun, tak jadi usrah."

Jelas Abi, penuh pengertian bila mana membuat rumusan awal setelah mendengar jawapan-jawapan kami ketika dilontarkan kembali tajuk bersifat pertanyaan itu.

KENAPA KITA PERLU BERUSRAH?

UKHUWAH

Usrah, Ukhwah dan Sunnah Nabi

Usrah adalah wasilah untuk membina ukhwah. Ukhwah pula dilihat sebagai asas pembinaan jemaah. Kalau dilihat ketika peristiwa Hijrah Rasul, selepas masjid dibina, Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansaar. Jelas menunjukkan persaudaraan itu tiada tolak banding pentingnya.

Jika kita buat usrah, tapi kita tak rasa ukhwah, ini beerti kita sudah gagal. Gagal dalam mengendalikan usrah. Jadi, apabila nak bentuk ukhwah dalam sebuah jemaah, maka wadahnya adalah usrah. Apabila taaruf, kita bukan sekadar nak kenal dia (sahabat seusrah kita) bahkan kita nak tahu isi perutnya!

"Bagi yang baru kahwin, kalau nak tambat hati suami, kena tambat perutnya." Seloroh Abi.

Berpecah derai bunyi gelak ketawa mana-mana jiwa yang khusyuk mendengar. Sempat lagi Abi mencelah hal-hal begini.

Hmm…Betul juga (bisik hati saya). Analogi yang tepat.

Usrah dan Makan-Makan

"Abi pilih mazhab makan-makan."

Kenapa? Sebab time makan-makan, kita hidang, kita tuang untuk sahabat. Ada interaksi. Apatah lagi bila makan, kita suap ke mulut sahabat. Rasa tangan sahabat masuk ke mulut. Ada interaksi, ada kasih sayang. Tambah lagi, siap masak untuk sahabat. Bila makan, ada rasa air tangan sahabat. Ada interaksi, ada kasih sayang, ada rasa terharu dengan keikhlasan sahabat.

"Untuk orang yang baru kahwin, boleh wat modul. Suap-menyuap." Celah Abi.

Sekali lagi riuh gelak ketawa. Tak kurang juga yang senyum sipu-sipu. Malu agaknya.

"Usrah adalah tempat atau wadah untuk kita berinteraksi." Tutur Abi, merumuskan.

Usrah Adalah Wasilah Tarbiah

"Abi tak nafikan."

"Namun unsur tarbiah harus berlaku dalam semua bidang. Dalam pilihan raya, dalam amal Islami, ada unsur tarbiah. Even dalam dakwah, ada unsur tarbiah. Mesti bersepadu dan ada intergration."

"Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata."- Al-Jumuah: 2

"Dalam ayat ni, yuzakki ..itu tarbiah. Yu'allimu…itu taalim" Jelas Abi.

Usrah dan Al-Hujurat:10

"Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Allah suruh /perintah kita baiki hubungan antara sahabat-sahabat. Apa saja yang boleh menyuburkan ukhwah mestilah dilakukan. Liqa' pada hari ini, ada pertemuan. Justeru, hari-hari berikutnya perlu disusun dengan pertemuan-pertemuan yang membuahkan dan merapatkan ukhwah sehingga bertemu di liqa' yang berikutnya.

"Pertemuan yang macam mana? Solat jemaah, main bola, makan kat kafe…selisih salam, peluk..dan sebagainya" terang Abi lagi.

Yang lain hanya mengangguk. Tanda faham…tak kurang juga yang tersengguk-sengguk. Letih barangkali.

"Mesti ada pertemuan-pertemuan selain dari pertemuan dalam usrah."

" Tak adalah kita tertunggu-tunggu..sunyi tanpa pertemuan."

"Berjumpa hanya bila ade usrah!" Suara Abi makin meninggi. Tegas.

Kali ini semua lebih terbuka mata. Ada terkenang usrah-usrah lepas..ada juga fikiran entah kemana. Siap yang mungkin dah hanyut mimpi, tersengguk tidur. Haish.. Syaitan memang banyak time majlis Ilmu. Terus, kita kena kuat!

"dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Dalam konteks islah ini, kita kena berfokus pada Allah. Supaya kita beroleh rahmat. Fokus!

Wajah Sahabat

"Hah! Lihat wajah-wajah sahabat pun dah boleh jadi satu modul."

Semua terus berpandangan sesama sendiri. Senyum-senyum kambing.. Entah apa-apa diorang ni.

"Yang paling baik di antara ummatku ialah orang yang apabila engkau melihatnya engkau ingat kepada ALLAH. " - Hadis Nabi

Jelas Abi menerangkan. Sedikit sebanyak, kurang senyum-senyum kambing itu tersebar.

"Ini contoh sahabat yang baik. Pandang dia, ingat usrah. Ingat Allah. Ingat dakwah. Ingat perjuangan. Ingat terbiah. Memang tak boleh nafi, ada sahabat begini."

Abi menarik nafas. Mengharap audience yang mendengar faham dan serap maksud yang ingin disampaikan. Ya.. Usrah adalah wadah untuk berukhwah. Usrah dan Ukhwah amat berkait rapat. Bahkan ukhwah adalah tunjang sesuatu gerakan. Adanya kesatuan. Adanya lapang dada.

"Kalau ditanya kepada Abi, Abi pilih ukhwah."

~USRAH=U.K.H.U.W.A.H~

To be Continue….