Petang yang sangat indah, menghabiskan masa bersama encik suami dan anak sedara hafi zarif sambil berbual2... Tiba-tiba...
"Assalamualaikum, ustazah Nur Shahidah bt Abd Ghani keh?''. terdengar suara di corong telefon bimbitku...
"Waalaikumussalam, ya saya". jawabku. Suami ku hanya memandang memberi isyarat bertanya siapakah gerangan yang menelefon. Qaseh hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"saya ust din ni dari PPD KOTA SETAR." Qaseh hanya tersenyum simpul menerima panggilan itu, jam di dinding Qaseh lihat sudah angka 5:15 petang.
"Dah dapat belum maklumat untuk guru interim?".
"Belum lagi ustaz".
" Ni ha, esok jemput datang ke Dewan Al Farabi, BTPN kat JPN. mai awai, esok pengarah nak bagi taklimat dengan memo penyerahan perlantikan sebagai guru interim. Special ni utk orang yang kena berhijrah''.
"Ya? hikhikhik...". qaseh terketawa mendengar maklumat yg baru saja di dengar.
"Suka noh boleh pi Sarawak".
"hik..hik...hik... ".Qaseh ketawa lagi.(ketawa ppuan la).
"susah betui dapat nombor telepon, ni naseb baik dapat dari k.su(kak suhana sk suka menanti), padan la dapat sarawak." sambung ust din lgi.
"ok, terima kasih ust".
"Assalamualaikum''. ust din mengakhiri perbualan.
"Waalaikumussalam". jawab qaseh kembali...
"sapa?". tanya en suami.
"org PPD". jawabku, terus ku ulang perbualan ku dengan Ust Din sebentar tadi.
"Sayang nak tinggal abg ka?". sedih pula tengok muka en suami nih...
"ish abg ni, klu kena p sarawak, bukan ustaz tu yg akan call, JPN sarawak yg akan call sayang". terus di cium dahinya, qaseh dipeluk erat... harapan agar hati abg tenang dan damai.
"abg jangan la risau, abg tahu x kawan sayang dapat sg petani ja, suami dia dapat sabah, lagi la jauh... entah bila boleh balik jmpa lagi. kita ni kira ok la, kena bersyukur sebab sayang kat astar ja, abg pulak kat sg 2 ja... dekat sangat". pujuk ku.
"alhamdulillah. Ya la sayang. Depa yang jauh lagi sedihkan?". terus dikucup dahi Qaseh.
Qaseh tersenyum melihat gelagat suami Qaseh ni melihat beliau kembali mengelamun...
"Abg kena balik sorang la malam ni, esok abg keja dan sayang ada taklimat". kata suami qaseh antara dengar dan tidak...
********************************************************************************
confirm....
esok 16 oktober 2012 penempatan guru jqaf secara interim bermula di seluruh malaysia...
No comments:
Post a Comment