Ya Rabbul Izzati, semakin jauh hamba dari-Mu, semakin dekat Engkau menghampiri daku..
ngeee...
lip lap
Sunday, 30 September 2012
maafkan bila ku tak sempurna...
perjalanan hidup yg berliku tentunya dialami oleh semua orang. xkiralah samada masih dibangku sekolah, di menara gading, di alam pekerjaan mahupun selepas mendirikan masjid....
Sunday, 23 September 2012
Friday, 21 September 2012
jQAF oooh jQAF
KPLI jQAF Ambilan januari 2011 belum lagi dipostingkan... kata SPP, tiada jawatan kosong yg wujud untuk menempatkan guru2 jQAF disekolah2 di seluruh Malaysia. Sebab tu la sampai sekarang, hampir 3 bulan selepas tamat peperiksaan, KISSM dan konvokesyen IPGM, pihak SPP masih tidak mengeluarkan seberang surat temuduga untuk mana2 guru KPLI jQAF Ambilan Januari 2011.
Namun begitu, kenyataan daripada KPM pula sangat mengelirukan kerana menurut mereka, diseluruh Malaysia, guru2 jQAF sangat diperlukan di sekolah2.
Terbaru, akhbar telah mengiklankan pengambilan baru jQAF untuk 2013... Apa yang berlaku sebenarnya?
Iklan jawatan guru jqaf ambilan 2013 dan mula.. sape nk apply bleh la... mane tau... dpt posting cepat..he..he..hee..http://m.malaysiakini.com/ news/209438
Diharapkan kerajaan membela graduan guru j-QAF 2011 dari Institut Pendidikan Guru Seluruh Malaysia yang masih menganggur sehingga kini dengan cara memberi PENEMPATAN SEGERA.
Kelambatan ini berlaku kerana kuota perjawatan mereka telah digunapakai terlebih dahulu. Diminta diberikan hak perjawatan dengan segera seperti yang dijanjikan bersesuaian dgn slogan yang selalu dilaung2kan JANJI DITEPATI!!!!!
1) Dato' seri Najib Tun Razak [PERDANA MENTERI]
http://www.facebook.com/pages/
2) Tan Sri Muhyiddin Yassin [MENTERI PELAJARAN]
http://www.facebook.com/pages/
3) Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong [TIMBALAN MENTERI PELAJARAN 1]
http://www.facebook.com/pages/
4) Dato' Mohd Puan Zarkashi [TIMBALAN MENTERI PELAJARAN 2]
http://www.facebook.com/pages/
5) Bajet 2013
http://www.facebook.com/pages/
Thursday, 20 September 2012
4 TAHAP CARA DIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk
memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak
berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk
mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh
mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh
tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini
masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang
anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang
muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh
Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam
keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman
disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua
sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam
berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan
diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal
ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil
berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun.
Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar
menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan
nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang
diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang
tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu
memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan
menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja
enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg
tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung
diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk
ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja
dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan
iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini
kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka
terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat
perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya
membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.
andainya kau mengerti ...
gelora dihati ini tiada sapa yg tahu, tiada siapa yg mahu mengerti...
hanya pada Allah yempat ku mengadu, menangis dan merintih...
hanya pada Allah yempat ku mengadu, menangis dan merintih...
Monday, 17 September 2012
Tuesday, 11 September 2012
Sebaik- baik...
sebaik2 hati...hati yang tiada hilang drpdnya akan kebenaran
sebaik2 manusia...seseorang yg tdk melupaimu kerana mengasihimu kerana AlLaah
sebaik2 hari...hari yg berlalu tanpa kamu melakukan dosa padanya
sebaik2 hadiah...doa yg diangkat drpdmu sedang kamu tidak mengetahuinya...
Asal kejadian manusia
PROSES
KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
PERINGKAT SATU
NUTFAH :
iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama.
Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah
al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis
air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan
larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air
yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung
dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan
masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan
air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada
nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari
nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A- Sperma
B-Sperma menembusi ovum
PERINGKAT
KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah
ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh
telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar
makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
"
Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu
benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai
beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat
pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT
KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah
dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak
dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah
al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai
saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi
kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang
tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT
KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada
peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu
Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami
membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh
terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus ,
seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan
itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga
ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar,
hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan
lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata,
telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah
sempurna dan lengkap.
Janin
pada usia 12 minggu
PERINGKAT
KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR
: Pada peringkat ini iaitu menjelang
minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini
bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga,
semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun
mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap
menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan
semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi
perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat
makanan melalui uri
PERINGKAT
KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu
peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan
ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya
organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun
bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka
bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai
hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini
entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan
kejadian insan disisi Allah s.w.t
TERFIKIRKAH AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?
pandangan ALLAH atau MANUSIA???
Asal
kejadian manusia semuanya sama, apa yang tidak sama ialah sikap mahupun
sifat yang telah dibentuk selepas dilahirkan. Anak2 diibaratkan seperti
kain putih yang bersih. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab samada untuk
menjadikannya majusi ataupun nasrani...
menjadi
tanggungjawab bagi setiap ibu bapa untuk mengisi pengetahuan anak2 nya
tentang Awwaluddin Makrifatullah. Sehingga ke peringkat yang seterusnya,
menjadi kewajipan bagi ibu bapa memastikan dada anak2 dipenuhi dengan
ilmu agama agar ilmu itu dapat memandu mereka memilih jalan yang benar.
Seorang
ibu mahupun bapa boleh dianggap GAGAL sekiranya anak2 masih tidak dapat
membaca Al-Quran walaupun sudah meningkat remaja/ dewasa.
Ibu
bapa wajib mengambil inisiatif dengan menghantar anak2 ke kelas fardhu
ain setelah mendapati anak2 lemah dalam hal tersebut walaupun anak2
sudah menjangkau 20 tahun ke atas.
Namun
begitu, ramai ibu bapa mahupun anak2 sendiri yg malu menghadiri kelas
sedemikian kerana bagi mereka, kelas tersebut hanya untuk kanak2
disekolah rendah sahaja...
PERSOALANNYA: kenapa manusia harus mengutamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah swt???
Monday, 10 September 2012
Sunday, 9 September 2012
Saat Lafaz Sakinah
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
DisebaliK LAFAZ NIKAH:-
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
DisebaliK LAFAZ NIKAH:-
...
"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM..." Bunyi macam senangkan? Nah.. ini makna sebenarnya..
Aku tanggung dosa2 si dia dari orang tuanya,apa saja dosa yang si dia buat dari mendedahkan auratnya sehingga tinggal solatnya,akan aku tanggung & bukan lagi menjadi tanggungan si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku..Jika aku gagal maka aku termasuk dalam golongan yang fasik,dayus..wallahua'lam
P/s: Adam,didiklah HAWA menjadi si solehah..Dan ingatan buat HAWA, jadilah isteri yang solehah buat adam..InsyaAllah
"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM..." Bunyi macam senangkan? Nah.. ini makna sebenarnya..
Aku tanggung dosa2 si dia dari orang tuanya,apa saja dosa yang si dia buat dari mendedahkan auratnya sehingga tinggal solatnya,akan aku tanggung & bukan lagi menjadi tanggungan si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku..Jika aku gagal maka aku termasuk dalam golongan yang fasik,dayus..wallahua'lam
P/s: Adam,didiklah HAWA menjadi si solehah..Dan ingatan buat HAWA, jadilah isteri yang solehah buat adam..InsyaAllah
Heningnya..Sunyi suasana..
Lafaz sakinah bermula...
Apa rasa..Diterjemah hanya..
Sebak abah tangis ibunda...
Adalah aku wali puteriku...
Serah kini amanahku ini padamu...
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta...
Lebih dari yang ku berikan kepadanya....
Dulu esakannya sandar di bahuku..
Tangisannya kini ku serah padamu..
Bukan bermakna dia bukan milikku..
Fitrahnya perlukanmu...
Jadikanlah dia wanita syurga..
Mengerti benar akan maharnya...
Taat itu bukan hanya pada nama...
Indah ia pada maksudnya...
Ku akur..Akan pesanmu..
Puterimu kini amanahku...
Iringilah..Dengan doamu..
Bahagia kami dari redhamu.. ♥
Thursday, 6 September 2012
dia pilihanku...
Aku sedang menanti dia,
Seorang lelaki yang akan bergelar suami padaku,
Seorang lelaki yang bakal bergelar Abi@ayah kepada anak2 ku,,
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah,
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah,
Dia selalu menghiburkan aku dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
Dengan zikir-zikir munajat,
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya,
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,
Dia menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa,
Dia memang sentiasa kelihatan penat,
Matanya penat kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari,
Dia sentiasa mengingati mati,
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelakon,
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti,
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga,
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Baginya...
Dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula SEJADAH imannya yang terkoyak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri,
Dia sentiasa menjaga SOLATnya kerana itulah maruah dirinya,
Dia sentiasa bersedia menjadi IMAM dan PEMIMPIN keluarga,
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya,
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI,
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,
Kerana...
Di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki,
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya,
maka hilanglah cintaku pada dia,
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia,
Tapi...
Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana...
Dia pilihan terbaik daripada ALLAH untuk ku...
“ GAGAL SEORANG DOKTOR, MATI SEORANG PESAKIT,
GAGAL SEORANG GURU, ROSAK SATU GENERASI,
GAGAL TARBIYATUL ULA IBU BAPA, ROSAK KETURUNAN”
*** actually post ni 2 tahun lalu, sebelum bergelar isteri dan masih di menara gading...(baru berkesempatan dibuka dan statusnya hanya draf, jd sy post semula)
Subscribe to:
Posts (Atom)