Asal
kejadian manusia semuanya sama, apa yang tidak sama ialah sikap mahupun
sifat yang telah dibentuk selepas dilahirkan. Anak2 diibaratkan seperti
kain putih yang bersih. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab samada untuk
menjadikannya majusi ataupun nasrani...
menjadi
tanggungjawab bagi setiap ibu bapa untuk mengisi pengetahuan anak2 nya
tentang Awwaluddin Makrifatullah. Sehingga ke peringkat yang seterusnya,
menjadi kewajipan bagi ibu bapa memastikan dada anak2 dipenuhi dengan
ilmu agama agar ilmu itu dapat memandu mereka memilih jalan yang benar.
Seorang
ibu mahupun bapa boleh dianggap GAGAL sekiranya anak2 masih tidak dapat
membaca Al-Quran walaupun sudah meningkat remaja/ dewasa.
Ibu
bapa wajib mengambil inisiatif dengan menghantar anak2 ke kelas fardhu
ain setelah mendapati anak2 lemah dalam hal tersebut walaupun anak2
sudah menjangkau 20 tahun ke atas.
Namun
begitu, ramai ibu bapa mahupun anak2 sendiri yg malu menghadiri kelas
sedemikian kerana bagi mereka, kelas tersebut hanya untuk kanak2
disekolah rendah sahaja...
PERSOALANNYA: kenapa manusia harus mengutamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah swt???
No comments:
Post a Comment